PENGLIBATAN AWAL
Memulakan langkah awal dalam Pelaburan Emas pada tahun 2010, selepas menjangka dan melihat potensi ledakan harganya di pasaran Antarabangsa.
Tanpa ada sebarang info asas mengenai pelaburan emas di Malaysia, saya mengorak langkah pertama dengan membeli Emas Bar (Gold Bar) dengan Hallmark PAMP Suisse dari sebuah kedai emas terkemuka di Malaysia dengan harga RM140/g ketika itu.
Selepas beberapa minggu, dengan semangat membara dan senyuman berikutan harga emas di pasaran antarabangsa yang terus menerus mendaki setiap hari, saya pergi semula ke kedai emas tersebut dan bertanyakan harganya.
Malangnya, harga jualan dan belian mereka sedikit pun tidak berubah, walaupun harga emas di pasaran antarabangsa telah mendaki beberapa peratus. Ketika itu baru saya sedar, untuk meraih keuntungan dari kenaikan harga emas sebenarnya tidak semudah itu, kerana ada beberapa ciri-ciri lain yang menjadi faktor kepada keuntungan dan kerugian.
KAJIAN MENDALAM
Pengalaman pertama itu telah mendorong saya untuk membuat kajian lebih terperinci, dan ketika itulah saya tertarik dengan sebuah syarikat tempatan yang menjual dan membeli emas pelaburan.
Apa yang menarik perhatian saya adalah, mereka ada menawarkan kesemua ciri-ciri penting yang diperlukan untuk memaksimumkan keuntungan, sekaligus meminimakan risiko kerugian dalam pelaburan emas secara fizikal.
Tanpa berfikir panjang, saya terus membuat belian menggunakan wang yang sememangnya telah saya peruntukkan sebagai modal pelaburan, dan jumlah belian saya telah melayakkan untuk saya menjadi Dealer di syarikat Public Gold.
PENGLIBATAN SERIUS
Disebabkan minat yang sememangnya besar dalam bidang pelaburan, saya mula berkongsi pengalaman dan potensi keuntungan yang dijangkakan melalui pelaburan emas.
Tanpa sedar hanya dalam masa 3 minggu pertama selepas saya menjadi Dealer, jumlah belian Emas dari rakan-rakan yang saya kongsikan pengalaman sebelum ini telah pun melebihi RM300,000.00, dengan jumlah Dealer yang saya introduce kan sekitar 13 orang, sekaligus menaikkan status Normal Dealer saya kepada Master Dealer.
![]() |
| Seminar "Financial Freedom", Hotel Putra, KL |
maka saya mengambil inisiatif sendiri untuk menyampaikan informasi mengenai pelaburan ini melalui blog dan seminar yang saya anjurkan sendiri untuk pertama kali.
![]() |
| Bersama Pokli Dan Salah Seorang Anak Didik Saya |
![]() |
| Insentif Percutian Ke Perth, Australia |
Diantara aktiviti saya sepanjang hampir 2 tahun ini :
Jan - April 2011 - Seminar "Financial Freedom" Dengan Pelaburan Emas (4 Kali)
Jun - Nov 2011 - Seminar "Menjana Kekayaan Dengan Emas" (Setiap Bulan)
Dis - Sekarang - Seminar Strategi Kaya & Berjaya Dengan Emas (Setiap Bulan)
Dis - Jun 2012 - Bengkel Pelaburan Emas, Strategi 5B (Setiap Bulan)
Jun 2012 - Rakaman DVD Transformasi Minda Pelabur Emas
Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan informasi, langkah memulakan serta strategi-strategi menjana keuntungan dari pelaburan emas, anda dialu-alukan untuk menghadiri seminar percuma saya setiap bulan di seluruh Malaysia.
| DVD E-Learning Pelaburan Emas Yang Pertama Di Malaysia |
InsyaAllah, bimbingan dan perhatian akan terus diberikan dari masa ke semasa, agar keuntungan dari pelaburan ini dapat diraih sentiasa dan risikonya dapat diminimakan ke tahap yang paling rendah.
Sekian, salam hormat dari saya,
Mohd Faizan Dasuki
Investor | Speaker | Founder
PelaburJutawan.com
Strategi5B.com
IkonEmas.com
016.2324.916
Readmore..





