Friday, July 6, 2012

Jenis-Jenis Keuntungan Yang Boleh Diraih Dengan Emas

| Friday, July 6, 2012 |


Ada pelbagai cara yang digunakan untuk meraih keuntungan dari Emas, khususnya Emas berbentuk fizikal, tetapi itu tidak bermakna yang ianya adalah Pelaburan Emas.

Diantara cara-cara yang popular adalah :



1. Meraih keuntungan dari Pelarasan Harganya (Price Adjustment)

Ini adalah cara yang diguna oleh Peniaga Emas.
Mereka membeli dengan harga yang murah dan menjualnya dengan harga yang lebih mahal dan kadangkala mereka membeli ketika Harga Emas turun, dan menjual segera kepada pembeli lain sebaik sahaja harganya naik.

Biasanya mereka akan membeli dan menjual dengan harga tengah-tengah (Harga diantara Buy dan Sell).

Diantara kemungkinan yang biasa dihadapi ;
a) Kesukaran mencari pembeli baru.
b) Diperdaya pembeli yang "cancel order" selepas bersetuju untuk membuat belian disebabkan pembeli itu terjumpa peniaga lain yang menjual dengan harga yang lebih rendah.
c) Harga Emas turun lebih rendah berbanding harga ketika mereka membelinya, sebelum mereka sempat menjualnya kepada pelanggan baru.


2. Meraih keuntungan dari perbezaan harga antara penjual atau Institusi Gadaian

Biasanya lebih dikenali sebagai Manipulasi Emas dan ianya sangat bergantung dengan kemudahan sistem gadaian atau Ar-Rahnu. Cara yang paling popular adalah dengan menambah jumlah pinjaman dengan cara "Overlap" setiap kali Nilai Gadaian emas dinaikkan.


3. Meraih keuntungan dari kenaikan Harga Emas di pasaran Antarabangsa


Keuntungan Hasil Dari Pelaburan Emas Yang Sebenar.
Ini barulah yang dikatakan keuntungan hasil dari Pelaburan Emas.
Seorang Pelabur Emas akan membeli dan menjual semula kepada penjual asal untuk meraih keuntungan dari kenaikan harga ketika mereka membelinya sehinggalah bila mereka menjualkannya semula.

Disebabkan Emas mempunyai potongan harga apabila dijual semula, maka diantara ciri-ciri penting Emas yang perlu dipilih bagi tujuan pelaburan adalah Emas yang mempunyai kadar peratus potongan harganya (Spread) yang paling rendah.

Harus diingat, kenaikan harga Emas di seluruh dunia adalah sama, tetapi untung bersih yang akan diraih oleh Pelabur akan berbeza-beza bergantung kepada beberapa ciri-ciri lain, tetapi ciri yang paling utama adalah disebabkan perbezaan kadar potongan harganya atau SPREAD.

Spread Produk Emas Public Gold Bila Anda Beli Sebagai Dealer
Jadi, kalau ada orang lain yang dah untung sedangkan anda masih belum untung, atau sekiranya keuntungan mereka lebih banyak berbanding keuntungan anda walaupun tempoh beliannya sama, bermakna pasti ada ciri-ciri yang lebih menguntungkan yang ada pada produk Emas yang dibeli oleh mereka itu, tetapi tiada pada produk Emas yang anda pilih.
Sebagai contoh,
  • Kenaikan Harga Emas pada tahun 2010 adalah 30%
  • Saya membeli produk Emas dengan kadar spread 5%
  • Bermakna bila saya jualkan semula kepada Public Gold
  • 30% - 5% = Untung Bersih Saya Adalah 25%
Elakkan dari membeli produk Emas yang kadar Spread nya melebihi 10%, kerana ia akan menjadikan keuntungan yang anda perolehi dari pelaburan ASB akan lebih berbaloi berbanding anda membuat Pelaburan Emas.

Dan yang sebaiknya, pilih produk yang kadar spread sekitar 5% dan kebawah,
ingat Tips penting ini;
"LEBIH RENDAH SPREAD PRODUK EMAS YANG DIPILIH, LEBIH TINGGI KEUNTUNGAN YANG AKAN DIRAIH".

 
© Copyright 2010. yourblogname.com . All rights reserved | yourblogname.com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com - zoomtemplate.com