Saturday, July 7, 2012

Jauhi Skim Pelaburan Yang Menjanjikan Keuntungan

| Saturday, July 7, 2012 |



Apabila anda melabur wang hasil titik peluh, anda harus berwaspada daripada terlibat dalam skim cepat kaya.

Skim ini kononnya menjanjikan pulangan tinggi dengan risiko yang rendah dan hanya memerlukan sedikit kemahiran, masa serta usaha untuk mendapatkan pulangan yang tinggi, dan beroleh kekayaan dengan hanya bekerja dari rumah.

Skim cepat kaya ini selalu diiklankan dalam majalah dan akhbar, manakala skim haram selalunya dipromosikan menggunakan Internet melalui spam dan e-mel, serta ditawarkan melalui panggilan rawak dan sms.
Ciri-ciri skim ini termasuklah:
• Menjanjikan pulangan tinggi sebanyak 20-30% sebulan tanpa risiko atau dengan risiko yang
rendah.
• Tawaran itu hanya bagi jangka masa terhad, jadi anda diminta menyertainya dengan segera.
• Skim itu berasal dari negara luar dan siasatan tidak boleh dibuat atas pejabatnya atau
statusnya tidak boleh dipastikan melalui laman web badan pengawal selia negara tersebut.
• Anda diminta memberi maklumat sulit seperti nombor bank akaun anda.

Apa yang mesti anda lakukan apabila mendapat tawaran yang menarik untuk menjadikan anda kaya?

• Peraturan penting adalah janganlah jadi tamak dan buat keputusan serta-merta. Selalu
semak-menyemak dengan kawan, keluarga dan golongan profesional sama ada peluang
pelaburan sedemikian adalah tulen ataupun tidak.
• Dapatkan lebih maklumat mengenai tawaran itu sebelum memutuskan untuk melabur. Anda
harus curiga terhadap pelaburan yang menawarkan pulangan tinggi, berisiko rendah dan
tanpa kos pelaburan, kerana tidak mungkin sesebuah perniagaan boleh memberikan semua
ini.
• Walaupun pelaburan yang ditawarkan diperkenalkan atau disarankan oleh seseorang yang
anda kenali dengan baik atau mungkin ahli keluarga, sentiasa berwaspada kerana tiada
tawaran pelaburan yang mudah dan boleh memberi pulangan wang dengan cepat.
• Pelaburan yang salah dari segi undang-undang bukanlah jenis pelaburan yang anda ingini.

Pelaburan seperti ini berisiko dan anda boleh didakwa terlibat dalam pelaburan haram.
KESIMPULANNYA
• Untuk membina kekayaan, mulalah melabur dan menyimpan dari SEKARANG!.• Anda perlu menambahkan aset untuk menambahkan nilai harta bersih anda.
• Pelbagaikan pelaburan anda untuk mengurangkan risiko.
• Berwaspadalah dengan skim cepat kaya.

 
© Copyright 2010. yourblogname.com . All rights reserved | yourblogname.com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com - zoomtemplate.com